Sejarah Sekolah
Sekolah Kebangsaan Rantau Panjai ini didirikan pada tahun 1980 oleh ahli jawatankuasa yang ditubuhkan oleh penduduk daripada tujuh buah rumah panjang di sepanjang Sungai Bena dan sebuah rumah panjang di hulu Sungai Entawau di bawah nasihat Pegawai Pendidikan Bahagian Kapit ketika itu iaitu En. Jeta Ambin. Pengerusi jawatankuasa pada masa itu ialah En. Sipang Ak. Lenggong.
Pembinaan sekolah dilakukan secara bergotong-royong oleh penduduk dari tujuh buah rumah panjang yang terdiri daripada Rumah Irang, Rumah Sipang, Rumah Achan A, Rumah Achan B, Rumah Pengabang, Rumah Mamut dan juga Rumah Tedong. Bangunan sekolah ini dibuat daripada kayu bulat dan tidak bergeraji,dinding daripada buluh dan berlantaikan tanah. Semua bahan binaan disediakan daripada oleh penduduk rumah panjang yang menjadi pengisi kepada enrolmen sekolah. Pihak Jabatan Pendidikan Bahagian Kapit hanya menyediakan paku dan zink sahaja.
Sekolah ini dibina di atas tapak yang berlokasi di Rantau Panjai yang mana sungai di tempat itu sangat cetek, deras dan panjang dan memerlukan pengguna sungai menarik perahu untuk meneruskan perjalanan yang meletihkan. Tempat ini dipilih memandangkan ianya terletak di tengah-tengah lokasi rumah panjang dari hulu Sungai Bena hinggalah hilir Sungai Bena. Jadi, secara tak langsung lokasi ini memudahkan para penduduk dari setiap rumah panjang di sekitar sungai tersebut menghantar anak mereka mendapatkan pendidikan.
Sk. Rantau Panjai mula beroperasi pada 5 Januari 1980. Guru Besar pertama sekolah ini ialah En. Tujang Ak Balang. Sekolah ini bermula dengan hanya 2 buah kelas sahaja dan mempunyai 48 orang murid. Guru pada masa itu ialah Cikgu Ali Ak. Ungkong dan Guru Besar di samping seorang tukang masak sahaja pada masa itu.